i'm back

the journey has begin.........

kAWAn - kAWan

bahaya seorang blogger



okeyh..entry nie aku dapat dari seorang bro nie...
die mintak aku sebarkan...untuk kebaikan bersama...
so sebagai sifat tanda ingin ingat memperingati....aku nak share story nie kat korang...
korang bace and fahami la ek entry kat bawah nie...


perkembangan Internet di Malaysia telah menyebabkan penulis blog (blogger) bertambah dan mereka ini terdedah kepada risiko perundangan sivil dan criminalseperti:
  1. Hak Cipta (Copyright)
  2. Tanda Dagangan (Trademark)
  3. Fitnah (Defamation)
  4. Hasutan (Sedition)
1. Hak Cipta
Hak cipta digunakan untuk melindungi hasil kerja seseorang sama ada bertulis, lisan atau visual dan bertujuan untuk mengekalkan keaslian daripada disalin tanpa kebenaran. Perlindungan hak cipta merangkumi kerja-kerja yang berikut:
  • (A) karya sastera, seperti karya tulis, novel, kod sumber dalam program komputer dan laman web dan kandungan dalam pengeluaran multimedia;
  • (B) karya muzik dan dramatik, seperti skor muzik, drama, dan skrip televisyen;
  • (C) karya seni, seperti gambar, patung dan imej, dan
  • (D) rakaman suara dan filem, seperti filem (seluloid tradisional dan pelbagai format video), nota, kaset dan CD muzik, drama atau ceramah.
Beliau menegaskan bahawa membuat posting berkaitan gambar, rekabentuk, gambar produk yang dilindungi oleh hak cipta adalah tidak dibenarkan sama sekali. Perkara yang sama berlaku apabila pemilik blog menawarkan rakaman suara dan fail audio yang boleh dimuat turun, pastikan tidak melanggar hak cipta fail tersebut. Beliau turut menggariskan beberapa syarat untuk menulis posting agar tidak melanggar hak cipta.
  1. Cipta gambar, grafik, kod dan perkataan sendiri.
  2. Gunakan lesen hak cipta yang dibenarkan dalam skop yang telah dipersetujui
  3. Gunakan gambar percuma di Internet selagi tidak melanggar terma yang digariskan oleh pemilik asal.
2. Tanda Dagangan
Tanda dagangan memberi hak kepada pemilik cap dagangan untuk mengelakkan orang lain menggunakan logo, slogan atau identiti mereka untuk tujuan lain atau mengelirukan pengguna.
Para blogger dikira menyalahgunakan tanda dagangan apabila menggunakan logo atau identiti pemilik tanda dagangan lalu dibawa ke laman web lain, bukannya laman web rasmi pemilik tandan dagangan. Perkara ini boleh menyebabkan kekeliruan pengguna. Oleh yang demikian, pemilik blog mestilah menulis penafian bahawa laman blog mereka tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan identiti yang dibawa oleh penulis dalam tulisan mereka.
3. Fitnah
Akta Fitnah 1957 (Defamation Act 1957) diperkenalkan untuk membendung bahan cetak dan penyiaran daripada melakukan fitnah dalam penerbitan mereka. Fitnah yang dibuat oleh penulis terhadap seseorang sehingga merosakkan reputasinya terbahagi kepada bentuk tulisan atau lisan. Dalam penulisan blog, akta ini tidak boleh disesuaikan kerana hanya digubal untuk penerbitan buku dan penyiaran. Namun para penulis blog haruslahberhati-hati ketika menulis berita agar tidak memfitnah pihak lain.
4. Hasutan
Penulisan blog yang menjurus kepada penyebaran maklumat yang tidak benar, tidak lengkap atau mengelirukan mengenai perkara-perkara sensitif seperti perkauman dan keagamaan atau kandungan yang boleh menimbulkan kebencian dan penghinaan terhadap kerajaan atau penguasa adalah dilarang. Penulis boleh dikenakan tindakan dalam Akta Hasutan 1948 sekiranya tulisan mereka di’quote’ di dalam akhbar atau buku seperti yang berlaku kepada Raja Petra.
Sebagai kesimpulan, saya memberi pesanan kepada semua penulis blog di Malaysia agar lebih bertanggungjawab ketika menulis kerana kebebasan bersuara yang dibenarkan di Malaysia adalah tidak mutlak.
RUJUKAN
BLOGGING – ARE YOU EXPOSING YOURSELF TO LEGAL LIABILITIES? oleh Sabrina Mohamed Hashim
okey...nie jer yang aku dapat nyatakan dari sumber bro adam roslan..hahhaha...and credit to adam roslan......ok la...pape pown kite chill k....


9:16 pm
6/4/2011

jom like entry kat atas

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
blogdotdotdot copyright by @ezzie azahari